Tuesday 29 March 2011

Isu bidang Teknologi & Inovasi dalam Pendidikan

PENGGUNAAN BLOG SEBAGAI MEDIUM PEMBELAJARAN BAGI PELAJAR SEKOLAH.

Dalam era globalisasi masa kini, penggunaan media baru dalam menyampai dan menyebarkan maklumat telah menjadi satu trend dalam masyarakat. Orang ramai berpusu-pusu mendapatkan maklumat yang terkini hanya dengan menekan butang tetikus di komputer. Penggunaan Internet secara umumnya membolehkan individu mencari maklumat yang diinginkan dengan mudah. Perluasan yang tanpa sempadan membolehkan maklumat disampaikan dan diterima dengan cepat dalam kuantiti yang banyak. Pelajar sekolah khususnya harus didedahkan dengan penggunaan Internet sebagai salah satu medium pembelajaran. 

    Penggunaan blog adalah salah satu cara yang semakin berkembang sebagai satu medium pembelajaran masa kini. Dalam kajian yang dilakukan oleh Arjun Mukherjee dan Bing Liu, Improving Gender Classification of Blog Authors, mereka telah memberikan satu definisi blog sebagai ‘Weblogs, commonly known as blogs, refer to online personal diaries which generally contain informal writings’. Mereka merujuk blog sebagai sebuah diari peribadi yang kebiasaannya mengandungi penulisan tidak rasmi. Bagaimanapun, seiring dengan kemajuan penggunaan teknologi, penggunaan blog juga boleh dijadikan sebagai penggunaan formal terutama dalam sesi pembelajaran.




    Statistik menunjukkan penggunaan Internet oleh masyarakat di Malaysia. Sumber ini diperolehi dari buku Media Planning Guide MalaysiaEdisi 16, 2010. Statistik menunjukkan lingkungan umur 15 sehingga 34 tahun adalah mereka yang aktif menggunakan internet. Ini menunjukkan kepetingan serta penggunaan Internet lebih bertumpu kepada golongan muda. Maka, adalah wajar bagi mendedahkan para pelajar terutama pelajar sekolah masa kini dengan penggunaan blog sebagai salah satu cara mendedahkan mereka kepada penggunaan internet sebagai pusat pencarian serta pengumpulan maklumat.

    Selain itu, Blogging Asia: An MSN and Windows Live Report merupakan satu kajian yang dijalankan atas talian MSN portal, di seluruh tujuh negara Asia iaitu Hong Kong, India, Korea, Malaysia, Singapura, Taiwan dan Thailand. Soal selidik atas talian yang dijalankan pada bulan Ogos dan September 2006 ini melibatkan 25,000 responden dan telah menganalisa data mengenai laman sesawang blog Windows Live SpacesBlogging Malaysia: A Windows Live Report adalah bahagian kajian bagi Malaysia. Hasil kajian yang dikemukakan antaranya mendapati 74% blogger adalah mereka yang berumur 25 tahun dan ke bawah. Hasil kajian ini menunjukkan tahap penggunaan blog dalam golongan muda yang tinggi.

Kebaikan
Terdapat beberapa kebaikan penggunaan blog sebagai medium pembelajaran kepada pelajar sekolah. Yang pertama adalah memudahkan pembelajaran jarak jauh antara guru dan pelajar. Dengan penggunaan blog ini, pembelajaran tidak akan bertumpu hanya pada waktu sekolah sahaja malah boleh diteruskan apabila berada di rumah. Guru boleh menggunakan blog bagi memberi informasi yang lebih kepada pelajar yang mungkin tidak sempat diberi atau diajar dalam kelas pada waktu persekolahan. Dengan ini, pelajar akan mendapat maklumat tambahan selain membentuk mereka menggunakan blog untuk sesi pembelajaran.

    Keduanya, penggunaan blog juga memudahkan para guru untuk memberikan sambungan kepada laman web yang berkaitan. Laman web yang menarik mampu menarik pelajar menyertai sesi pembelajaran yang dijalankan. Dengan itu juga, mereka akan terdedah kepada teknik pencarian maklumat dan laman web yang menarik bagi membantu mereka mencari maklumat.

    Selain itu, pelajar boleh berinteraksi dengan guru mereka dengan memberikan komen tentang post yang diberi. Guru boleh menumpukan kepada persoalan atau perbincangan tentang sesuatu isu kepada pelajar dan menggalakkan mereka memberi pandangan dan berinteraksi antara satu sama lain. Ini mungkin dapat membantu guru mengenal pasti pelajar yang mampu mengutarakan pandangan tetapi malu membuat demikian dalan kelas. Dengan ini juga, apabila berada dalam kelas guru boleh menggalakkkan mereka berinetraksi secara terus dalam kelas dan membentuk mereka agar lebih berkeyakinan.

Keburukan
Bagaimanapun, masih terdapat beberapa kelemahan serta keburukan penggunaan blog dalam memberi pengajaran kepada pelajar sekolah. Pembelajaran dalam blog memerlukan pelajar memiliki talian Internet di rumah mereka. Sekiranya tiada , mereka mungkin perlu ke Cyber Cafe bagi menyertai sesi pembelajaran. Ini mungkin akan membuatkan masa mereka terbuang, terutama dengan pergi keluar dari rumah dan mencari kedai.

    Selain itu, guru juga mungkin tidak mampu memantau keseluruhan pelajar kerana mungkin ada mereka yang tidak menyertai perbincangan. Selain tiadanya talian internet di rumah, mungkin ada pelajar yang terlalu sibuk dengan aktiviti lain seperti kelas tuisyen dan membantu ibu bapa di rumah untuk memberikan komitmen kepada sesi perbincangan. Hal ini akan menyebabkan sesi pembelajaran mungkin tidak dapat memenuhi matlamat dalam menyampaikan maklumat tambahan kepada keseluruhan pelajar dalam kelas.

    Perbincangan dalam blog yang menggunakan Internet mungkin akan membuatkan pelajar terpengaruh untuk ke laman web yang tidak berkaitan dengan pembelajaran. Lebih teruk sekiranya talian Internet mereka tidak ditapis, mereka mungkin akan terdedah kepada laman web yang tidak sepatutnya seperti laman web lucah. Ini mengundangkan pelbagai masalah negatif yang mungkin akan berlanjutan menjadi permasalahan yang lebih teruk. 

Kesimpulannya, penggunaan blog sebagai medium pembelajaran bagi pelajar sekolah amat digalakkan kerana kelebihan penggunaan Internet yang terkenal sebagai gudang penyimpanan maklumat selain mendedahkan pelajar sekolah kepada teknologi dan inovasi yang bergerak pantas disekeliling mereka. Bagaimanapun, pemantauan yang kuat perlu bagi memastikan pelajar menggunakan Internet di saluran yang betul terutama dalam mengadakan perbincangan ilmu.


Rujukan
 Mukherjee A. & Liu B. Improving Gender Classification of Blog Authors. Department of Computer Science, University of Illinois, Chicago.

James Selva. 2010. Media Planning Guide Malaysia 2010. Ed. ke-16. Indonesia: Perception Media International

http://www.microsoft.com/malaysia/press/archive2006/linkpage4337.mspx

Tuesday 22 March 2011

10 Foto Projek Individu - Congkak Tempurung











Bahan-bahan yang digunakan:
  • Tempurung kelapa
  • Kertas pasir
  • Biji saga
  • Cat sembur
  • Gam kayu
  • Kotak
  • Plastisin
  • Pita Pelekat
  • Pisau
  • Gunting
  • Sudu
Kelebihan:
  • Diperbuat menggunakan barang-barang terpakai.
  • Membantu dalam mata pelajaran Matematik dan Kemahiran Hidup melalui teknik permainan yang memerlukan kemahiran serta kepantasan mengira.
  • Memperkenalkan biji saga kepada kanak-kanak.

Friday 4 March 2011

10 Video Teknologi & Inovasi


(1) Reusable Paper and Solid Ink


(2) Robot Violinist

(3) Project Natal (CES 2010) - The Innovation Journey


(4) Latest Japan Technology


(5) iCub Robot Baby


(6) Piano Staircase


(7) Futuristic Electronics- Japan 2009


(8) Best of Display Taiwan 2010- Innovative Technology & Futuristic Screens


(9) Futuristic Coca Cola dispenser


(10) Project Natal - Meet Milo


Wednesday 2 March 2011

10 keping gambar Teknologi & Inovasi

1)    1)TV 3-D


Inovasi televisyen (TV) dari skrin hitam dan putih kepada televisyen berwarna dan kini televisyen 3 Dimensi (3-D) mengambil alih peranan hiburan di rumah. Teknologi TV 3-D semakin berkembang dan membolehkan pasarannya disasarkan kepada hak milik persendirian. Sebelum ini, teknologi 3-D hanya dimiliki badan-badan syarikat seperti panggung wayang dan sebagainya.

            Teknologi 3-D digunakan dengan membandingkan imej yang diterima dari tiap belah mata dan otak yang menghasilkan imej 3 dimensi.


2) Hybrid Car



Kenderaan hibrid merupakan kenderaan yang menggunakan dua atau lebih sumber kuasa untuk menggerakkan kenderaan tersebut. Hibrid juga dikenali sebagai hybrid electric vehicles (HEVs), yang menggabungkan internal combustion engine dan satu atau lebih, motor elektrik.

Sumber kuasa kenderaan hibrid termasuklah:
■On-board or out-board rechargeable energy storage system (RESS)
■Petrol atau Diesel
■Hidrogen
■Compressed air (Tekanan Udara)
■Cecair nitrogen
■Tenaga manusia (mengayuh)
■Angin
■Elektrik
■Mampatan atau cecair gas semulajadi
■Solar
■Waste heat from internal combustion engine.
■Arang, kayu atau bahan membakar pejal yang lain
■Electromagnetik fields, gelombang Radio




1)    3)CarGo Urban Transportation


CarGo merupakan satu konsep unik dengan kepelbagaian reka bentuk tayar dan pengangkut barang  dengan menyasarkan untuk mengurangkan masalah trafik di bandar yang bayak memberikan masalah kepada syarikat penghantaran harian.

            Secara ringkasnya, CarGo merupakan kenderaan penghantaran yang kecil dan memudahkan lagi proses penghantaran.





4)Constrained Ball




Alatan ini membolehkan pengguna membuat garis lurus tanpa menggunakan pembaris. Selain itu juga dalam proses membuat garisan tersebut, panjang garisan tersebut akan dicatit pada skrin kecil yg terdapat pada alatan ini.

            Alatan ini mudah digunakan. Hanya masukkan pen pada ruangan yang disediakan, pengguna bleh mula melakar garisan yang diperlukan untuk membuat jadual dan sebagainya. Roda pada alatan tersebut membantu mengira panjang garisan yang telah dibuat.


5) The Mercator




Mercator merupakan alatan yang direka bagi memudahkan urusan seharian. Alatan ini boleh menyimpan data seperti temujanji doktor, peta, navigasi dan pelbagai lagi.Menggabungkan bahan nano dengan cip processor AMD yang baru, alatan ini datang dalam bentuk gelang tangan, diperbuat daripada nikel-metal hydride dan bateri cas semula yang dipertingkatkan.


6) En-V


 Kenderaan beroda dua yang dijanakan oleh tenaga elektrik ini merupakan satu inovasi bagi menyokong pengurangan penggunaan petrol yang boleh mencemarkan alam sekitar. Selain itu juga, dengan reka bentuk yang kecil memudahkan pergerakan dan memberikan lebih lagi ruang bagi tempat meletakkan kenderaan.
            Inovasi kenderaan ini juga membolehkan pengguna ke destinasi yang ingin dituju tanpa perlu berjalan atau tersekat dalam trafik.

7)  MP3 Player Creative


 Pemain MP3 dalam bentuk gelang tangan dan earphone tanpa wayar membuatkan alatan ini kelihatan lebih sofistikated tetapi ringkas dan menarik. Bagi penggemar fesyen, pemain MP3 ini juga boleh juga dijadikan hiasan pelengkap keseluruhan imej diri.
            Sambil kelihatan trendi, pengguna juga boleh menghiburkan diri dengan mendengar pilihan musik peribadi yang telah dimuat turun ke dalam alatan tersebut.


8) Siemens Snakephone


 Siemens telah mengeluarkan satu telefon mudah alih yang lebih futuristik. Dengan rekaan melingkar seperti ular, snakephone ini berfungsi seperti telefon bimbit biasa dengan keutamaan hanya untuk membuat panggilan. Lebih ringkas dan lebih berfesyen, rekaan telefon bimbit ini menarik dan mempunyai gaya tarikan yang tersendiri.
            Snakephone ini akan dipakai pada pergelangan tangan dan memudahkan pengguna apabila membuat atau menerima panggilan. Pengguna hanya perlu mengangkat tangan seperti menjawab telefon bimbit biasa, tetapi bezanya hanyalah pengguna tidak perlu memegang telefon bimbit terbabit.




1)    9) The Toyota Winglet




Winglet merupakan skuter dua roda yang bergerak dengan gerakan keseimbangan badan. Winglet lebih ringkas dengan penumpuan kawalan terletak pada lutut dan kaki. Winglet menggunakan tenaga eletrik dan boleh digunakan untuk bergerak dalam satu kawasan yang dekat.


10) Voice Stick





Voice Stick merupakan satu alat yang menyalin teks bagi golongan cacat penglihatan. Alat ini digunakan dengan menyalin teks yang terdapat pada buku dan sebagainya yang kemudiannya diubah ke dalam bentuk bunyi atau suara.
            Pada kebiasaannya, bagi mereka yang tidak berupaya melihat, mereka banyak menggunakan kod braille untuk membaca. Bagaimanapun, dengan Voice Stick buku yang tidak menggunakan kod braille juga boleh digunakan oleh golongan kurang upaya ini. Scan alat ini pada mukas surat yang ingin di baca, alat ini akan menukar teks yang telah di scan ke dalam bentuk suara.

Tuesday 1 March 2011

Biodata Diri

  • Nama: Muhammad Nabil bin Jamil
  • No. Matrik: A 130944
  • Program: Komunikasi & Pengurusan Maklumat
  • Tahun Pengajian: Dua (2)
  • Semester: Dua (2)
  • Sesi: 2010/2011
  • Subjek: Teknologi & Inovasi Dalam Pendidikan - GGGE 2123
  • Tutorial: Mejar Jasmy bin Abd Rahman
  • Hari & Masa: Selasa, 8 - 10 malam
  • Tempat: Makmal 3, Fakulti Pendidikan, UKM Bangi.